Saturday, July 5, 2008

Kenapa Anda Perlu Sertai Kursus Integrasi Agro 2008??

Kursus ini amat berguna dan berbeza daripada kursus-kursus yang pernah diberikan oleh mana-mana pihak. Ia merupakan gabungan 3 aktiviti agro yang selama ini kursusnya diberikan secara ceraian.

Matlamat kursus ialah untuk melahirkan usahawan dan untuk memastikan anda akan memperolehi pendapatan tetap atau pendapatan sampingan yang berbaloi dengan masa, wang dan tenaga yang anda curahkan.

Apa yang akan para peserta dapat setelah menamatkan kursus sehari ini ialah:
1. bagaimana anda dapat mengusahakan integrasi agro bagi mengoptimumkan hasil dari usaha anda.
2. Para peserta akan ditunjukkan bagaimana anda boleh menmperolehi sekurang-kurangnya RM5,000.00 sebulan atau RM60,000 setahun daripada projek integrasi agro ini.
3. Peserta juga akan didedahkan dan dibantu untuk mendapatkan bantuan pinjaman modal bagi mengusahakan projek integrasi agro ini.
4. Peserta yang memenuhi syarat dan benar-benar berminat akan berpeluang untuk menyertai skim kontrak farming.
5. Peserta yang hanya memiliki modal, tanah dan tenaga yang terhad juga masih boleh menyertai program ini untuk mendapat pendapatan sampingan yang lumayan.

Antara kandungan/sessi kursus ialah:

A. INTEGRASI AGRO ATAU PROJEK TANI BERSEPADU: Kambing/Jagung manis/baja organic cacing. Kandungan bahan kursus meliputi:
1. Kambing
- sumber-sumber pendapatan dari kambing
- Asas penjagaan kambing
- Prospek penternakan kambing
-
2. Jagung
- sumber-sumber pendapatan dari jagung
- Asas penanaman jagung
- Prospek tanaman jagung

3. Baja Organik dari cacing (VERMICOMPOSE)
- sumber-sumber pendapatan daripada cacing
- asas pembuatan baja organic dan penjagaan cacing
- Prospek ekonomi baja organic

B. PROJEK DPIM KEDAH: Kontrak farming integrasi Agro. Matlamat DPIM ialah untuk melahirkan usahawan integrasi agro di bawah Pertanian Satu Perniagaan. DPIM Kedah bermaksud untuk mengumpulkan kesemua peserta/usahawan di bawah satu organisasi pengeluaran dan pemasaran yang bersepadu. Terdapat dua kategori yang disasarkan, iaitu PENGELUAR dan PEMASAR.

C. BANTUAN PINJAMAN MODAL: Peserta akan didedahkan dengan maklumat dari mana dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan pinjaman modal menerusi pelbagai skim yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta di Malaysia.

D. BAHAN-BAHAN KURSUS:
- Para peserta akan disediakan minum pagi, makan tengahari dan minum petang sepanjang.
- Sijil akan dianugerahkan kepada peserta yang tamat.
- Nota dan VCD sampingan akan diberikan percuma.
- Peserta akan diberikan sample benih jagung dan baja organic.

No comments: